TINGGALKAN LINK BLOG KORANG NANTI AKU FOLLOW

Wednesday 8 August 2012

Burger Bakar

Acara bbq pada bulan Ramadhan berjalan juga , ingat tahun ni dah tak buat bbq dah . Kalau tidak setiap tahun saya dengan kawan buat bbq . Walaupun perut dah penuh berbuka tadi tak bermakna kami tak makan banyak . Petang tadi lepas Ajmal semua balik dari "sekolah" ( form 6 okay ) kitorang terus pergi NSK untuk beli barang bajet yang diperuntukkan lebih kurang RM10 seorang . Mana tak kembungnya perut yang join 6 orang x RM10 = RM 60 . Gila tak gila banyak kot kitorang beli .



Kalau tahun sebelum ni ramai lah jugak join tapi bajet RM 5 je seorang . Tak tahu la kenapa tahun ni selera lebih sikit nak makan macam macam . Lagipun bukan habis semua makanan banyak lagi yang lebih , so buat balik lah sikit sorang . Duit tu pun kitorang dapat beli air gas x5 besar , hot dog x4 , crab stick x2 , bebola ayam x2 paket kecil , bebola ketam sepeket besar dan ayam seekor je . banyak tak banyak ? haha .

Dah balik rumah tak puas lagi tu , saya g kedai jap beli daging kisar nak buat patty burger . haha . memang kembung perut lah kan . so saya share sikit la rasepi dia mana lah tahu korang nak buat bbq nak try bakar burger buatan sendiri ke . Tapi tadi kawan kawan saya semua cakap sedap je tak komen banyak pun sumbat jugak kat mulut dorang tapi tak tahu la ikhlas ke tak atau sekadar ambil hati je kan . Hmm ,Tak kisah la , bagi saya sedap ape , yelah hasil tangan sendiri pulakk . Nanti korang buat kat rumah okay .


Burger GG ( GilaGila )

Bahan-bahan

500gn daging lembu
2 sudu besar bawang besar yang dicincang
3/4 sudu bawang putih yang dicincang
1/2 sudu besar lada hitam yang dikisar
1 sudu mustard
3/4 cawan serbuk roti atau serbuk biskut
1 biji telur
3/4 sudu besar rempah ratus
garam secukup rasa

Cara membuat

1. Campurkan semua bahan bahan dan gaul sehingga sebati
2. Bentukkan daging seperti daging burger
3. Panaskan kuali leper dan masakkan daging burger tersebut .

So dah boleh cuba kat rumah kan . Kalau tadi sebelum saya bakar kat jaring saya masak dulu kat rumah sikit so sampai kat pot bbq dah nampak la bentuk daging burger takde la nampak hancus lagi kannn . Good Luck !

Monday 6 August 2012

Rasepi Almond London yang best

Hari ni dari jam 12 petang sampai lah jam 5 petang baru saya dapat siapkan Almond London , rasepi dia mama saya yang buat saya cuma bantu je . Tu pun boleh siapkan tujuh balang je , mana tak nye oven kecil je . tapi rasepi my mum is the best ever . sebab dia ada campur bahan bahan lain jugak .




Bahan-bahan 

250 gm mentega
125 gm gula halus
1 biji telur
1 tsp esen vanila
1/2 cawan susu pekat manis
200 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 tsp baking powder
1 paket kecil biskut tiger (dikisar)
50 gm corn flakes (dikisar)
200 gm badam ( digoreng tanpa minyak )
50 gm badam cincang
70 gm coklat

Cara-cara

1. pukul mentega dengan gula hingga kembang
2. masukkan telur , esen vanilla , susu dan dipukul lagi 
3. ayak tepung jagung , tepung beras , baking powder , biskut tiger , corn flakes bersama adunan tadi            
4. masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh 
5. bentukkan doh menjadi lonjong/bulat & masukkan badam ke dalamnya
6. sapukan mentega pada dulang dan letakkan doh di atas dulang tersebut
7. bakar pada suhu 200c'd selama 20 minit
8. cairkan coklat masak
9. celup biskut kedalam coklat masak dan letak ke dalam mangkuk kertas
10 . taburkan badam cincang dan tunggu sehingga coklat beku .



*senang bukan ? so boleh la cuba di rumah . kalau malas boleh buat tempahan dengan saya satu balang rm 30 = 57 biji Almond London kepada jijie 0176671567

Sunday 5 August 2012

Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com



Cerita ni berlaku pada ramadhan tahun 2012 , yang akan saya share dengan http://shakiddo.com untuk join Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com . contest ni merupakan contest yang pertama saya join sebagai blogger baru yang syok sendiri  ^_^

Kisah ni berlaku semasa Ramadhan tahun ini , jam sudah menunjukkan 7.30 petang dan azan telah pun berkumandang saya dan keluarga berbuka puasa , menu pada hari tersebut macam  biasa lah mesti mama saya yang masak saya jarang pergi bazar ramadhan takut makanan tak habis . Setiap kali berbuka macam biasa mama saya akan cakap kepada abah saya yang dia masak sikit je tapi tiba tiba macam banyak , tapi sebenarnya memang banyak pun dia masak kalau kitorang beli kat bazar ramadhan tak habis mesti dia akan memebel " lain kali tak payah la pergi bazar , membazir je "  sebab tu la saya dah jarang pergi , kalau pergi pun mesti kawan yang ajak . Tapi tak risau la sebab mama saya memang pandai masak pun , hari hari mesti lauk special punye !

Selesai mandi dan solat maghrib di rumah , saya akan berjalan ke surau . Saya akan pergi rumah Ajmal, Daniel dan rumah Najieb barulah ke surau . Selesai solat Tarawih lapan rakaat kami akan bergerak ke taman di kawasan perumahan dan berborak . Biasanya kami akan borak pasal awek cun , raya kat mana , cerita hantu dan cerita pasal k-pop . Buat pengetahuan korang semua kami ni memang peminat k-pop tapi lagu Avenged Sevenfold pun still layan jugak lah .

Borak punya borak , ada la kawan saya ni buka topik pasal tahun lepas . semua pun termenung teringatkan cerita puasa dulu dulu . Banyak la kenangan manis cerita puasa tahun lepas . Tahun lepas umur kami baru 17 tahun so semua tak sambung belajar lagi , tapi tahun ni semua dah berpecah yang tinggal pun yang sambung tingkatan enam .




Setiap kali awal Ramadhan selalunya kami akan masuk ke hutan untuk cari buluh nak buat meriam,  walaupun kami bukan menetap di kampung kami dah memang biasa masuk dalam hutan so tak kisah sangat la . " puasa pun puasa jugak tapi meriam tetap meriam " itulah yang selalu kami cakapkan . Selesai ambil dan tebuk buluh kami akan bawak ke taman dan sorok kat dalam longkang , selesai solat Tarawih kami akan pergi ke taman untuk memulakan " Projek Meriam " . Meriam kami guna kain dengan minyak tanah je . Kami tak main cabaid sebab mahal , tak tahu supplyer , bahaya sebab meriam yang pakai cabaid kena ikat dengan tali guni atau getah tayar , yang minyak tanah tak lah sebab tak bahaya pun . Tak bahaya pun bunyi bukan main kuat lagi memang boleh lawan lah dengan cabaid pun .

Hidup kan api , itu memang kerja saya . Apabila dentuman meriam sudah bermula , kerja saya mesti hidupkan api untuk buat BBQ . Saya akan ambil masa lima minit untuk hidupkan api dan yang lain pergi cari ranting masing masing nak masak . Hot dog dan bebola memang jadi sajian utama kami pada waktu malam , walaupun sudah kekenyangan berbuka perut kami masih lagi boleh sumbat bebola dengan hot dog tu . mungkin rasanya lain sebab feel dia macam kat kem .

Bergilir gilir main meriam , jika najieb main meriam saya akan makan bbq dan bergilir macam tu sampai la perut kembung sampai nak termuntah , dan ada sekali ni semasa saya tengah tiup ( meriam minyak tanah memang kena tiup ) tiba tiba meletup kat muka , nasib baiklah meriam tak pecah kalau tak habis lah , lepas banyak kali kena kami still tak serik mungkin sebab tak cedera teruk kot , biasanya muka merah paling teruk pun bulu mata terbakar kemungkinan nak buta tu memang tinggi tapi tak serik lagi nak main .

Perut dah kembung , muka dah merah , baju dah bau asap dan bulu mata dah takda . Kami akan berkumpul semula berdekatan buaian dan baling buaian sampai pendek lepas tu berlatih menari Teen Top - Clap ( k-pop )  nak buat " dance cover " la konon nye . Masa nak start menari tu dah hampir pertengahan Ramadhan so kami tak sempat nak habiskan lagu tu . memang seronok sebab walaupun taman tu behadapan dengan rumah tapi orang tak berapa ada sebab ramai cina , tapi cina pun okay tak complain sangatt . setiap hari itu la kerja kami , memang seronok sangat .

Kami memang merindui tahun sebelum ni , tahun ni setiap kali lapak mesti borak kosong je , dah memang takda kerja pun . Meriam , bbq , dance cover semua hanya kenangan , bila ajak main je semua dah malas mungkin dah insaf kot . mana tak nye setiap kali main meriam mesti bulu mata hilang . haish . memang tak la kan nak main lagi . selepas puas cerita pasal tahun sebelum ni kami pun salam dan beredar .

Hope you enjoy :)

sponsor CERITA PUASA RAMADHAN 2012 adalah shakiddo.com dan hazmanfadzil.com

Saturday 4 August 2012

Kelas Bahasa Inggeris @ CC

assalammualaikum , kelas bahasa inggeris kat cc ? haa , cc tu sebenarnya Community College bukan lah Cyber cafe yang terlintas kat pemikiran korang semua tu . hari ini merupakan hari yang ketiga aku belajar bahasa inggeris kat kolej tersebut , belajar kat sana boleh tahan lah seronok dia dari aku jadi pengganggur terhormat kat rumah tu , almaklumlah masuk belajar lambat lagi , kawan kawan semua dah nak exam baru lah aku terhegeh hegeh nak buat persiapan masuk u tapi yang penting masuk lambat pun terus sambung degree . hehe . tapi aku tak pasti la sama ada memang ijazah ataupun ijazah pertama sahaja . kos yang aku maksudkan tu ialah Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina di UiTM Seri Iskandar , Perak . awal bulan september nanti lah aku akan melangkah ke alam universiti yang diimpikan sejak dari kecil lagi . yuppyyyyyyy !


Oh ya , berbalik pasal persediaan bahasa inggeris aku tadi . aku ni bab bab bahasa inggeris memang kureng sikit tapi sekarang ni dalam proses tingkatkan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa inggeris lagi . hari ni kitorang dah sampai topic music and movie , pada mulanya memang tak best sebab kawan baik aku tak datang dia kena pergi hospital sebab nak check darah takut terkena demam denggi tapi alhamdulillah tadi aku jumpa dia sihat je , badan macam tu je . lepas mood aku hilang dengan mengantuk lagi teacher mala macam perasan lah lepas tu dia bagi kitorang dengar lagu pastu isikan dalam tempat kosong , antara lagu yang dia main MLTR Take Me To Your Heart  huh, lagu tu layan jugak la kire hilang gak ah ngantok aku tu . banyak jugak la ilmu yang aku dapat dari sana bayar pun murah sejam rm1 memang berbaloi lah . tapi kebanyakan kakak kakak yang belajar kat sana adalah dari matrikulasi , budak budak sains la ramai , yang umur 18tahun ada tiga orang je pun aku, wafi dengan sorang lagi budak perempuan . korang layan la lagu ni k , tak payah dengar muzik pun boleh feel jugak :D


Mltr (michael Learns To Rock) Take Me To Your Heart Lyrics



Hiding from the rain and snow 
Trying to forget but I won't let go 
Looking at a crowded street 
Listening to my own heart beat 

So many people all around the world 
Tell me where do I find someone like you girl 

[Chorus] 
Take me to your heart take me to your soul 
Give me your hand before I'm old 
Show me what love is - haven't got a clue 
Show me that wonders can be true 

They say nothing lasts forever 
We're only here today 
Love is now or never 
Bring me far away 
[ Lyrics from: http://www.lyricsfreak.com/m/mltr+michael+learns+to+rock/take+me+to+your+heart_20536506.html ] 
Take me to your heart take me to your soul 
Give me your hand and before I'm old 
Show me what love is - be my guiding star 
It's easy take me to your heart 

Standing on a mountain high 
Looking at the moon through a clear blue sky 
I should go and see some friends 
But they don't really comprehend 

Don't need too much talking without saying anything 
All I need is someone who makes me wanna sing 

[Chorus] 
Take me to your heart take me to your soul 
Give me your hand and before I'm old 
Show me what love is - be my guiding star 
It's easy take me to your heart


sampai sini jelah perkongsian aku k :)  sorry lah sebab entry aku mcm selekeh sikit , yela baru je nak berjinak jinak ngan alam blogger bloging ni semua . I hope you will enjoy ! bye :P

Thursday 2 August 2012

gglife ???


───▄▀▀▀▄▄▄▄▄▄▄▀▀▀▄───
───█▒▒░░░░░░░░░▒▒█───
────█░░█░░░░░█░░█────
─▄▄──█░░░▀█▀░░░█──▄▄─
█░░█─▀▄░░░░░░░▄▀─█░░█
█▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀█ 
█░░╦─╦╔╗╦─╔╗╔╗╔╦╗╔╗░░█ 
█░░║║║╠─║─║─║║║║║╠─░░█ 
█░░╚╩╝╚╝╚╝╚╝╚╝╩─╩╚╝░░█ 
█▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄█ 

Hi, nama aku jijie , itu nama samaran lah glamour gituu . nama betul aku hafiz beza kan dgn jijie tu hafiz , jijie , hafiz , jijie ? hm , korang agak mane best ehh ?? -..- . aku baru buat blog nie , yelah teringin ah gak nak jd mcm blogger blogger lain , jadikan blog sbg tempat melepaskan geram , gembira, cerita pengalam , berkongsi benda baru , atau pun sbg hobi lah senang cerita . Yang aku tahu sekarang nie ada separuh orang memang jadikan menulis blog sebagai hobi , buat duit dan ada kedua duanya sekal ^_^ . aku nie suka melukis so teringin lah jugak nak buat blog yang ada komik komik gituu .. kalau dapat buatkann perghh best kott . cuma tak tahu nak mulakan je mcm mane . okaylah , itu jelah untuk permulaan aku , lepas nie aku akan cari jalan untuk jadi bloger yang hebat , tapi untuk suka suki sajelah kann . bye