TINGGALKAN LINK BLOG KORANG NANTI AKU FOLLOW

Sunday 5 August 2012

Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com



Cerita ni berlaku pada ramadhan tahun 2012 , yang akan saya share dengan http://shakiddo.com untuk join Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com . contest ni merupakan contest yang pertama saya join sebagai blogger baru yang syok sendiri  ^_^

Kisah ni berlaku semasa Ramadhan tahun ini , jam sudah menunjukkan 7.30 petang dan azan telah pun berkumandang saya dan keluarga berbuka puasa , menu pada hari tersebut macam  biasa lah mesti mama saya yang masak saya jarang pergi bazar ramadhan takut makanan tak habis . Setiap kali berbuka macam biasa mama saya akan cakap kepada abah saya yang dia masak sikit je tapi tiba tiba macam banyak , tapi sebenarnya memang banyak pun dia masak kalau kitorang beli kat bazar ramadhan tak habis mesti dia akan memebel " lain kali tak payah la pergi bazar , membazir je "  sebab tu la saya dah jarang pergi , kalau pergi pun mesti kawan yang ajak . Tapi tak risau la sebab mama saya memang pandai masak pun , hari hari mesti lauk special punye !

Selesai mandi dan solat maghrib di rumah , saya akan berjalan ke surau . Saya akan pergi rumah Ajmal, Daniel dan rumah Najieb barulah ke surau . Selesai solat Tarawih lapan rakaat kami akan bergerak ke taman di kawasan perumahan dan berborak . Biasanya kami akan borak pasal awek cun , raya kat mana , cerita hantu dan cerita pasal k-pop . Buat pengetahuan korang semua kami ni memang peminat k-pop tapi lagu Avenged Sevenfold pun still layan jugak lah .

Borak punya borak , ada la kawan saya ni buka topik pasal tahun lepas . semua pun termenung teringatkan cerita puasa dulu dulu . Banyak la kenangan manis cerita puasa tahun lepas . Tahun lepas umur kami baru 17 tahun so semua tak sambung belajar lagi , tapi tahun ni semua dah berpecah yang tinggal pun yang sambung tingkatan enam .




Setiap kali awal Ramadhan selalunya kami akan masuk ke hutan untuk cari buluh nak buat meriam,  walaupun kami bukan menetap di kampung kami dah memang biasa masuk dalam hutan so tak kisah sangat la . " puasa pun puasa jugak tapi meriam tetap meriam " itulah yang selalu kami cakapkan . Selesai ambil dan tebuk buluh kami akan bawak ke taman dan sorok kat dalam longkang , selesai solat Tarawih kami akan pergi ke taman untuk memulakan " Projek Meriam " . Meriam kami guna kain dengan minyak tanah je . Kami tak main cabaid sebab mahal , tak tahu supplyer , bahaya sebab meriam yang pakai cabaid kena ikat dengan tali guni atau getah tayar , yang minyak tanah tak lah sebab tak bahaya pun . Tak bahaya pun bunyi bukan main kuat lagi memang boleh lawan lah dengan cabaid pun .

Hidup kan api , itu memang kerja saya . Apabila dentuman meriam sudah bermula , kerja saya mesti hidupkan api untuk buat BBQ . Saya akan ambil masa lima minit untuk hidupkan api dan yang lain pergi cari ranting masing masing nak masak . Hot dog dan bebola memang jadi sajian utama kami pada waktu malam , walaupun sudah kekenyangan berbuka perut kami masih lagi boleh sumbat bebola dengan hot dog tu . mungkin rasanya lain sebab feel dia macam kat kem .

Bergilir gilir main meriam , jika najieb main meriam saya akan makan bbq dan bergilir macam tu sampai la perut kembung sampai nak termuntah , dan ada sekali ni semasa saya tengah tiup ( meriam minyak tanah memang kena tiup ) tiba tiba meletup kat muka , nasib baiklah meriam tak pecah kalau tak habis lah , lepas banyak kali kena kami still tak serik mungkin sebab tak cedera teruk kot , biasanya muka merah paling teruk pun bulu mata terbakar kemungkinan nak buta tu memang tinggi tapi tak serik lagi nak main .

Perut dah kembung , muka dah merah , baju dah bau asap dan bulu mata dah takda . Kami akan berkumpul semula berdekatan buaian dan baling buaian sampai pendek lepas tu berlatih menari Teen Top - Clap ( k-pop )  nak buat " dance cover " la konon nye . Masa nak start menari tu dah hampir pertengahan Ramadhan so kami tak sempat nak habiskan lagu tu . memang seronok sebab walaupun taman tu behadapan dengan rumah tapi orang tak berapa ada sebab ramai cina , tapi cina pun okay tak complain sangatt . setiap hari itu la kerja kami , memang seronok sangat .

Kami memang merindui tahun sebelum ni , tahun ni setiap kali lapak mesti borak kosong je , dah memang takda kerja pun . Meriam , bbq , dance cover semua hanya kenangan , bila ajak main je semua dah malas mungkin dah insaf kot . mana tak nye setiap kali main meriam mesti bulu mata hilang . haish . memang tak la kan nak main lagi . selepas puas cerita pasal tahun sebelum ni kami pun salam dan beredar .

Hope you enjoy :)

sponsor CERITA PUASA RAMADHAN 2012 adalah shakiddo.com dan hazmanfadzil.com

No comments:

Post a Comment